Doa Aqiqah

Doa Aqiqah

by Pusat Aqiqah Murah Bandung

doa aqiqah

Layanan Aqiqah Murah Bandung Cimahi

Doa Aqiqah Menurut Riwayat yang Sahih

Disunnahkan saat menyembelih binatang untuk aqiqah dengan membaca doa aqiqah :

بِسْمِ اللهِ ، اللَّهُ أَكْبَرُ ، اللَّهُمَّ مِنْكَ وَلَكَ ، هَذِهِ عَقِيقَةُ فُلاَن

Bismillah Allahu Akbar Allaahumma minka wa laka, haadzihi ‘aqiiqotu fulaan

Dengan Nama Allah, Allah adalah Yang Terbesar, Ya Allah ini dariMu dan untukMu. Ini adalah aqiqah fulaan

*) fulaan diganti nama yang diaqiqahi.

Hal ini sesuai hadis yang diriwayatkan al-Baihaqy dalam as-Sunan al-Kubro dan Abu Ya’la dalam Musnadnya:

عَنْ عَائِشَةَ قَالَتْ : يُعَقُّ عَنِ الْغُلاَمِ شَاتَانِ مُكَافِئَتَانِ ، وَعَنِ الْجَارِيَةِ شَاةٌ ، قَالَتْ عَائِشَةُ : فَعَقَّ رَسُولُ اللهِ صَلَّى الله عَلَيه وسَلَّم عَنِ الْحَسَنِ وَالْحُسَيْنِ شَاتَيْنِ شَاتَيْنِ يَوْمَ السَّابِعِ ، وَأَمَرَ أَنْ يُمَاطَ عَنْ رَأْسِهِ الأَذَى وَقَالَ : اذْبَحُوا عَلَى اسْمِهِ وَقُولُوا بِسْمِ اللهِ ، اللَّهُ أَكْبَرُ ، اللَّهُمَّ مِنْكَ وَلَكَ ، هَذِهِ عَقِيقَةُ فُلاَنٍ

Dari Aisyah –radhiyallahu anha- beliau berkata: Anak laki-laki diaqiqahi dengan dua kambing yang setara. Dan anak perempuan satu kambing. Aisyah berkata: Rasulullah shollallahu alaihi wasallam mengaqiqahi al-Hasan dan al-Husain masing-masing dua kambing pada hari ketujuh (kelahiran). Beliau memerintahkan agar pada kepala anak itu dihilangkan kotoran. Dan beliau bersabda: Sembelihlah dengan (juga) menyebut nama (anak yang akan diaqiqahi). Ucapkan: Bismillah Allahu Akbar Allaahumma minka wa laka, haadzihi ‘aqiiqotu fulaan (Dengan Nama Allah, Allah adalah Yang Terbesar, Ya Allah ini dariMu dan untukMu. Ini adalah aqiqah fulaan).

Hadis ini dishahihkan oleh Ibnus Sakan dan dinyatakan sanadnya hasan oleh anNawawiy dalam al-Majmu’ Syarhul Muhadzdzab. Diriwayatkan juga oleh Ibnul Mundzir dan dinyatakan hasan

DOA AQIQAH saat acara walimatul aqiqah

 

Ya Allah, Engkau lah yang Maha Berkuasa atas segala-galanya. Kami bersyukur kepada Mu yang telah memberikan kami nikmat dan rahmat sehingga dapat kami berkumpul pada hari ini.

Ya Allah, Engkau terimalah bacaan al-Quran kami, khususnya surah Yasiin ini dan tahlil kami ini serta Engkau ampunkanlah segala kesalahan dan kelemahan didalam bacaan kami tadi. Jangan lah Engkau kurangkan pahalanya dari kami.
Ya Allah, ampunkanlah dosa-dosa kami, dosa yang besar atau dosa yang kecil, dosa yang tersembunyi atau yang nyata, samada dosa yang kami sengajakan atau kerana kejahilan kami. Ya Allah, terimalah taubat kami sebagai taubat nasuha, sesungguhnya Engkau maha pengasih, maha penyayang lagi maha pengampun.
Ya Allah, Engkau ampunkanlah dosa ibu bapa kami, dosa pasangan kami, dosa anak-anak kami, dosa adik beradik kami, dosa seluruh ahli keluarga kami, dosa guru-guru kami serta dosa sekelian kaum muslimin dan muslimat, mukminin dan mukminat, dengan rahmat Mu ya Allah, Tuhan yang maha pengasih lagi maha penyayang.

 

لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ ،لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ ،لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ ،

اللهُ اَکْبَر ،اللهُ اَکْبَر ،اللهُ اَکْبَر ،

لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَحْدَهُ لاَ شَرِيْكَ لَهُ ، لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ  الْحَمْدُ وَهُوَ عَلَى کُلِّ شَىْءٍ قَدِيْرٍ

 

Ya Allah, hak milik Engkau jualah  segala yang ada di langit dan di bumi. Engkau mencipta apa yang Engkau kehendaki. Engkau mengurniakan anak-anak perempuan kepada sesiapa yang Engkau kehendaki dan mengurniakan anak-anak lelaki kepada sesiapa yang Engkau kehendaki. Sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Mengetahui lagi Maha Berkuasa

 

Ya Allah, kami bersyukur kepada Mu yang telah mengurniakan seorang anak lelaki/perempuan kepada pasangan ini (sebut nama kedua ibu bapa kanak-kanak).

 

Ya Allah, Engkau kurniakan lah kepada kedua ibubapa ini hidayah, petunjuk dan taufik Mu agar mereka berdua dapat menjalankan amanah yang Engkau berikan kepada mereka ini dengan keimanan dan takwa kepada Mu.

 

Ya Allah, kurniakanlah kepada mereka berdua kekuatan dan keyakinan untuk mendidik dan membesarkan anak mereka ini sebagai hamba yg taat dan patuh kepada perintah-perintah Mu. Ya Allah, Engkau bimbing lah mereka berdua diatas jalan yang Engkau ridhoi.

 

سُبْحَانَ اللهِ وَالْحَمْدُِللهِ

وَلاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَاللهُ أَکْبَرُ ،

وَلاَ حَوْلَ وَلاَ قُوَّةَ إِلاَّ بِاللهِ الْعَلِيِّ الْعَظِيْمِ

 

Ya Allah, rahmati lah anak kecil ni ( sebutkan nama kanak-kanak ).

 

Ya Allah, Sesungguhnya telah Engkau catatkan segala-galanya untuk kehidupannya, baiknya, buruknya, rezekinya, hidupnya, matinya dan segala-galanya yang Engkau lebih mengetahuinya.

 

Ya Allah, jika keburukannya lebih banyak dari kebaikannya, kami memohon kepada Engkau ya Allah, Maha Suci Tuhan yang Arasy-Nya terletak di langit, yang memperlihatkan kekuatan-Nya di bumi, yang menjalankan segala lautan, yang meperlihatkan kekuasaan. dan pemerintahan di api neraka, yang meperlihatkan rahmatNya di dalam syurga, yang telah mengangkat tujuh petala langit dan menetapkan tujuh petala bumi dengan kudratNya, Maha Suci Allah, yang tidak ada tempat untuk bergantung dan tidak ada tempat untuk meminta pertolongan melainkan kepada Engkau semata-mata, maka Engkau tukarkan lah seperti mana Engkau menukarkan malam kesiang dan siang ke malam, segala keburukkan itu dengan segala kebaikan, segala kesulitan dengan kemudahan, segala penderitaan dengan kebahagiaan, segala kegagalan dengan kejayaan, segala kemudharatan dengan kesejahteraan dan segala kehinaan dengan pujian.
Ya Allah, selamatkan anak kecil ini dan Engkau peliharalah hatinya, matanya, telinganya, mulutnya tangannya, kakinya dan seluruhnya anggotanya daripada gangguan syaitan yang direjam dan bala tenteranya.
Ya Allah, kurniakanlah lah kepada anak kecil ini iman yang sempurna. Kesihatan tubuh badan yang berterusan, dilapangkan rezekinya seluas langit dan bumi. Memiliki budi pekerti yang baik dan akhlaq terpuji. Menjadi hamba yang sentiasa taat dan patuh kepada perintah-perintah Mu. Menjadi anak yang soleh kepada kedua ibubapanya.

اَمِين يَا رَبَّ الْعَالَمِيْن

 

Layanan Aqiqah Murah

HOTLINE/ WhatsApp/Line/Telegram: 081809465516
Simpati/Hallo/As : 081322200591
Indosat/Mentari/IM3 : 085794255272

 

 

copyright @ doa aqiqah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *